Isu Kesalahan Kata Dalam Media Elektronik



Tips : Anda digalakkan untuk menekan gambar yang dipaparkan 
bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik. >-<

                                                                                                                 

Isu Kesalahan Kata Berdasarkan Pembentukan Kata Baharu 

Dalam Media Cetak Dan Media Elektronik
                                                                                                                                                            
Tidak dinafikan, isu kesalahan kata berdasarkan pembentukan kata baharu dalam media elektronik menjadi perhatian utama masyarakat. Keadaan ini semakin berkembang seiring dengan kemasukan kata baharu ke dalam bahasa Melayu. Dalam usaha menyesuaikan diri dengan perkembangan ini, kadangkala media cetak dan media elektronik cenderung menggunakan sistem imbuhan asing untuk membentuk perkataan baharu. Namun perkara ini sering menimbulkan kontroversi kerana penggunaan imbuhan asing tidak selaras dengan tatabahasa Melayu sedia ada. 

---------------------------------------
Isu Kesalahan Kata Dalam Media Elektronik
---------------------------------------

1. Isu Kesalahan Imbuhan Daripada Sanskrit
Sumber : Website


Kesalahan : Pra Sejarah 
Pembetulan : Prasejarah 

Imbuhan “Pra-” merupakan salah satu imbuhan produktif dalam bahasa Melayu, yang digunakan untuk membentuk kata nama dengan makna sebelum atau syarat bagi sesuatu yang mengikuti. Penggunaan perkataan "prasejarah" ini seharusnya dieja dengan rapat, bukan sebagai "pra sejarah". Perkataan "prasejarah" ini merujuk kepada masa atau tempoh sebelum sejarah bertulis.

Contoh penggunaan awalan "Pra-" dalam konteks lain boleh didapati dalam perkataan seperti: 
1. "Prakata" yang merujuk kepada kata pengantar (kata alu-aluan) di permulaan sesebuah buku atau esei.  
2. "Prasyarat" yang bermaksud syarat yang amat penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku atau tercapai sesuatu.

        Penggunaan imbuhan ini menggariskan kepentingan memahami tatabahasa Melayu yang betul, serta kesedaran tentang penggunaan dan makna yang terkandung dalam setiap perkataan yang digunakan. Kesilapan penggunaan imbuhan boleh mengaburkan maksud dan mengganggu kefahaman pembaca, justeru, adalah penting untuk menghormati peraturan tatabahasa Melayu dalam menulis dan berkomunikasi.


Sumber : Facebook


Kesalahan : Maha Siswi 
Pembetulan : Mahasiswi 

Imbuhan awalan "maha-" ialah awalan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Fungsinya membentuk kata adjektif dan kata nama yang menerangkan sesuatu yang paling atau mempunyai tahap yang paling tinggi. Penggunaan perkataan "maha siswi" sepatutnya dieja sebagai "mahasiwi" dengan menggabungkan dua perkataan itu bersama. Hal ini kerana "siswi" merupakan kata nama. Istilah "mahasiswi" ini merujuk kepada pelajar perempuan, iaitu pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi.

        Penggunaan awalan "maha-" adalah sebahagian daripada pengayaan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, yang mencerminkan pengaruh budaya dan linguistik luar. Dengan memberi perhatian kepada peraturan ejaan yang betul, kita dapat memastikan kejelasan dan ketepatan dalam komunikasi. Oleh itu, adalah penting untuk memahami dan mematuhi peraturan tatabahasa Melayu dalam penggunaan imbuhan ini bagi mengekalkan ketekalan dan ketepatan dalam bahasa yang digunakan. 

Contoh penggunaan awalan "Maha-" dalam konteks lain boleh didapati dalam perkataan seperti: 
1. "Maharaja" yang merujuk kepada raja besar atau gelaran dan sebutan bagi orang besar.
2. "Mahakarya" yang merujuk kepada karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah) pada sesuatu zaman. 


2. Isu kesalahan Imbuhan Daripada Arab-Parsi 
Sumber : Facebook



Kesalahan : Bai’ah 
Pembetulan : Baiah 

Isu ejaan perkataan “baiah” dalam bahasa Melayu sering menimbulkan kontroversi. Perkataan "bai'ah" sering dianggap melanggar tatacara penulisan bahasa Melayu. Namun begitu, ia sepadan dengan nahu Arab. Hal ini berkaitan dengan penggunaan imbuhan (-ah) yang seharusnya hanya digunakan dalam pembentukan kata adjektif yang menerangkan sifat atau ciri kata dasar. Nik Safiah Karim menegaskan perkataan itu perlu dieja sebagai "baiah" supaya menepati prinsip Melayu.

    Masyarakat Melayu juga sering mengeja perkataan berdasarkan sebutannya dalam bahasa asli sesuatu perkataan. Ini berlaku kerana kekurangan sistem yang jelas untuk mengeja perkataan baharu yang dipinjam daripada bahasa lain serta sering dipengaruhi oleh ejaan yang digunakan oleh orang dahulu. Pengaruh kedatangan orang Arab berdagang di tanah Melayu turut memainkan peranan penting dalam menggambarkan fenomena ini dan membawa corak ejaan yang kemudiannya dianggap lebih serasi dengan nahu Arab.

    Maka, melalui penjelasan ini, tergambar perbahasan yang berterusan berhubung ejaan perkataan “baiah” dalam bahasa Melayu serta kerumitan yang menyelubunginya dalam konteks pembentukan kata adjektif dan pengaruh bahasa Arab.

Sumber : Twitter

Kesalahan : Azal 
Pembetulan : Azali 

Imbuhan akhiran "-i" digunakan dalam bahasa Melayu untuk membentuk kata adjektif yang menerangkan sifat atau ciri kata dasar. Perkataan "azali" sepatutnya dieja dengan akhiran "-i" dan bukannya dieja sebagai "azal". Istilah "azali" merujuk kepada sesuatu yang berlaku atau wujud sejak zaman dahulu atau berterusan selama-lamanya, manakala "azal" merujuk kepada sesuatu yang kekal pada masa lampau atau tiada permulaan.

        Dalam konteks ayat ini, penggunaan perkataan “azali” adalah lebih sesuai kerana ia menggambarkan sesuatu yang telah wujud sejak zaman berzaman, berbeza pula dengan perkataan "azal". Oleh itu, pemilihan perkataan yang betul mengikut konteks adalah sangat penting dalam memastikan kejelasan dan ketepatan komunikasi.

        Maka, kita perlu memahami perbezaan makna antara perkataan yang serupa tetapi mempunyai nuansa yang berbeza, supaya kita dapat menggunakan perkataan yang sesuai dengan maksud yang ingin kita sampaikan. Dengan memberi perhatian kepada peraturan tatabahasa Melayu dan memilih perkataan yang betul, kita dapat meningkatkan kejelasan dan ketepatan dalam berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Arab.

Contoh penggunaan akhiran "-i" dalam konteks lain boleh didapati dalam perkataan seperti: 
1. "Bahari" yang merujuk kepada zaman dahulukaka.
2. "Hakiki" yang merujuk kepada hak atau benar.

3. Isu Kesalahan Imbuhan Daripada Yunani-Latin-Inggeris
Sumber : Instagram

Kesalahan : Pro-Komunis 
Pembetulan : Prokomunis 

Imbuhan awalan "pro-" digunakan dalam bahasa Melayu untuk menerangkan kelulusan atau sokongan terhadap parti atau ideologi. Perkataan "prokomunis" sepatutnya ditulis tanpa ruang antara "pro-" dan "komunis" kerana "komunis" merupakan kata nama. Istilah "prokomunis" merujuk kepada seseorang atau gerakan yang menyokong atau mempunyai sikap positif terhadap ideologi atau prinsip komunis.

        Maka, dapat ketahui bahawa penggunaan imbuhan yang tepat seperti "pro-" dapat mengelakkan salah faham dan mengekalkan kejelasan dalam komunikasi. Dengan menggunakan imbuhan dengan betul, kita dapat mengeluarkan pendapat atau sikap dengan lebih jelas dan berkesan dalam bahasa Melayu. 

Contoh penggunaan awalan "pro-" dalam konteks lain boleh didapati dalam perkataan seperti: 
1. "Prokerajaan" yang membawa maksud menyokong kerajaan.
2. "Pro-Barat" yang membawa maksud sikap menyokong Barat.


Sumber : Website

Kesalahan : Infra Merah 
Pembetulan : Inframerah 

Imbuhan awalan "infra-" bermaksud "di bawah" dalam bahasa Melayu. Perkataan "infra merah" yang sepatutnya ditulis tanpa ruang antara "infra-" dan "merah", kerana "merah" merupakan kata nama. Istilah "inframerah" merujuk kepada sinar elektromagnet yang terletak di bawah spektrum cahaya merah.

        Dalam penulisan, adalah penting untuk menggabungkan akhiran "infra-" dengan kata nama yang mengikutinya seperti "inframerah" untuk menjelaskan maksud dan mematuhi peraturan tatabahasa Melayu. Penggunaan imbuhan yang salah akan membuatkan maksud sesuatu perkataan berbeza daripada perkataan asal.

Contoh penggunaan awalan "infra-" dalam konteks lain boleh didapati dalam perkataan seperti: 
1. "Infrabunyi" yang merujuk kepada gelombang bunyi pada frekuensi yang terlalu rendah.

-------------------------------------------------------------

Semoga ilmu yang akan disampaikan ini bermanfaat kepada semua.

Selamat belajar >-<





Comments