Pernahkah anda terfikir mengapa isu kesalahan kata berdasarkan pembentukan perkataan baharu sangat penting? Haa kalau nak tahu, mari kita terokai perkara ini bersama-sama.
Pada kali ini, kita akan mengupas isu tentang kesalahan kata berdasarkan pembentukan perkataan baharu daripada imbuhan bahasa asing yang terdapat dalam media cetak dan media elektronik. Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu tentang:
Apa itu pembentukan kata baharu?
Bahasa Melayu mempunyai sistem imbuhan yang lengkap. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan bidang ilmu dan kepakaran baharu, terdapat tambahan bentuk kata pinjaman. perkara ini membawa kepada peminjaman sistem imbuhan daripada bahasa asing untuk menampung perkataan pinjaman ini. Proses ini melibatkan penambahan imbuhan dalam bahasa Melayu menggunakan imbuhan daripada bahasa asing. Imbuhan asing ini pula boleh diterima dengan sempurna iaitu bentuk asalnya boleh dikekalkan atau disesuaikan mengikut kesesuaian sistem tatabahasa Melayu.
Proses pembentukan perkataan baharu terbahagi kepada tiga, iaitu :
- Imbuhan daripada Sanskrit
- Imbuhan daripada Arab-Parsi
- Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris
Comments
Post a Comment